Posts

Kepentingan sukan

  Rata-ratanya, begitu ramai masyarakat di Malaysia mahupun dinegara luar sangat meminati sukan. Menyedari hakikat bahawa kerajaan telah mengeluarkan kos perbelanjaan yang begitu banyak untuk menyediakan infrastuktur sukan kepada orang ramai. Sebagai bukti, pada hari ini kita dapat melihat padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan lain yang terbina terutamanya di kawasan bandar kerana lebih mendapat tumpuan orang ramai. Ini adalah salah satu agenda kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa, sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga memberikan sumbangan ke arah pembangunan negara.   Sejak azali lagi, pakar - pakar kesihatan telah mengakui bahawa aktiviti sukan penting untuk kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana, semasa bersukan, organ dalaman akan menjadi aktif dan pengaliran darah yang lancar. Selain dari itu, jantung juga akan berfungsi dengan baik dan seterusnya pembakaran lemak yang mendadak juga akan be